Skip to main content

Badminton

(TERKINI) Final Jelajah Dunia BWF: Tiada wakil beregu lelaki negara dalam separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

WTF

Perlawanan penentuan rubber set menyaksikan jaguh beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sudah sah tersingkir daripada kempen Final Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Guangzhou, China sebentar tadi.

Ini bermakna, tiada wakil beregu lelaki mara ke separuh akhir susulan Man Wei Chong-Tee Kai Wun juga menerima nasib sama.

Advertisement

Untuk rekod, ini merupakan enam kali berturut-turut gandingan ranking kedua dunia itu tidak berjaya melepasi peringkat kumpulan.

Kejohanan terakhir siri jelajah dunia musim ini menyaksikan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu bermula cemerlang dengan menewaskan wakil Indonesia Fajar Alfian-Shohibul Fikri, 22-24, 21-18, 21-19

Hari kedua, Aaron dan Wooi Yik terpaksa akur kepada gandingan tuan rumah yang mudah menempa kemenangan 14-21, 18-21.

Memasuki aksi terakhir, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty tidak memberikan jalan mudah apabila kerap melakukan pukulan kencang ke arah pemain negara.

Sinar hadir tatkala Malaysia mengungguli aksi menerusi set pertama 21-17, namun segalanya terkubur selepas India melakukan kebangkitan memenangi set kedua 21-18.

Tamat permainan, India mara ke separuh akhir usai menoktahkan kemenangan dalam set ketiga 21-15. 
 

Must Watch Video