Skip to main content

Badminton

(Terkini) Final Jelajah Dunia BWF: Christo Popov sambar gelaran juara, tumbangkan juara dunia dari China

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

popov

Perseorangan lelaki Perancis, Christo Popov, mencipta sejarah tersendiri apabila menjuarai Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025.

Dia menewaskan juara dunia dari China, Shi Yuqi, menerusi aksi straight set, 21-19,21-9, dalam tempoh 44 minit.

Advertisement

 

 

 

 

Perlawanan pertama berlangsung sengit dalam set pertama antara kedua-dua pemain sebelum Popov menoktahkan perlawanan dengan kemenangan 21-19.

Pemain tuan rumah dilihat bergelut dengan kecederaan kaki dalam set kedua untuk menampilkan momentum terbaik, sekali gus memberikan Popov peluang terbaik untuk menamatkan aksi dengan kemenangan 21-9 untuk bergelar juara.

Must Watch Video