Skip to main content

Bola Sepak

Terkini! FIFA rancang perlawanan bola sepak antara Palestin dan !sr@3l di AS

Terkini! FIFA rancang perlawanan bola sepak antara Palestin dan !sr@3l di AS

FIFA dilaporkan sedang mempertimbangkan cadangan untuk menemukan pasukan bawah 15 tahun Israel dan Palestin dalam perlawanan pembukaan kejohanan remaja baharu yang dijadual berlangsung di Amerika Syarikat pada September ini.

Menurut laporan The Guardian, kejohanan itu akan menghimpunkan kesemua 211 negara anggota FIFA dalam format khas melibatkan padang lebih kecil dan bilangan pemain yang dikurangkan.

Presiden FIFA, Gianni Infantino, dilaporkan mahu menggunakan bola sepak sebagai medium mempromosikan keamanan dan perpaduan, khususnya selepas kegagalan usaha simbolik berjabat tangan antara wakil Israel dan Palestin pada Kongres FIFA di Vancouver, April lalu.

Walaupun cadangan itu dilihat sensitif susulan konflik yang berterusan, FIFA percaya sukan mampu menjadi platform untuk membawa mesej harapan kepada generasi muda.

Jika direalisasikan, perlawanan tersebut dijangka menjadi antara aksi paling mendapat perhatian dunia kerana nilai simboliknya yang melangkaui sukan bola sepak.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video