Skip to main content

Bola Sepak

(Terkini) FIFA isytihar Malaysia kalah 3-0 dalam tiga Perlawanan Persahabatan Tier 1

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

MAS

Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menjatuhkan hukuman tiga perlawanan antarabangsa Tier 1 Harimau Malaya diisytiharkan sebagai kalah 3-0.

Ia membabitkan perlawanan persahabatan berdepan Cape Verde, Singapura dan Palestin.

Advertisement

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini menjelaskan: "Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menerima hukuman terbaharu daripada Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang bersidang pada 12 Disember 2025 berkaitan kes menurunkan pemain yang tidak layak.

"Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FIFA, Jorge Palacio itu mendapati FAM telah melanggar Artikel 19 Kod Tatatertib FIFA (Edisi 2025) kerana menurunkan pemain yang tidak layak dalam tiga Perlawanan Antarabangsa Tier 1 berikut:

"1- Malaysia lwn Cape Verde di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 29 Mei 2025 yang berkesudahan seri 1-1.

"2- Malaysia lwn Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 4 September 2025 yang berkesudahan Malaysia menang 2-1; dan

"3- Malaysia lwn Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 8 September 2025 yang berkesudahan Malaysia menang 1-0.

"Sehubungan itu, Jawatankuasa Tatatertib FIFA telah membuat keputusan bahawa Malaysia diisytihar kalah dengan jaringan 3-0 pada ketiga-tiga perlawanan tersebut.

"Selain itu, FAM turut dikenakan hukuman denda sebanyak CHF10,000 (RM51,414).
FAM akan membuat permohonan bertulis bagi mendapatkan alasan keputusan daripada Jawatankuasa Tatatertib FIFA sebelum mempertimbang langkah seterusnya yang akan diambil berhubung perkara ini."kongsinya.

 

Must Watch Video