Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan melaksanakan tindakan seperti yang disaranankan Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) iaitu membuat laporan polis berhubung isu pemalsuan dokumen tujuh pemain barisan Harimau Malaya.
Perkara itu dikongsikan Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, hari ini dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Khas Kali Keempat Bagi Penggal 2025-2029 di Wisma FAM, Petaling Jaya.
Advertisement
FAM akan laksanakan saranan Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) :
1. Laporan polis berkenaan isu pemalsuan dokumen.
2. Siasatan FIFA terhadap Setiausaha Agong FAM.
3. Pengawasan aspek tadbir urus struktur FAM (selepas mendapat keputusan akhir CAS)@ASTROARENA pic.twitter.com/ij6esTnfWI— Ainul Abd Rouf (@ainulameerul) December 22, 2025
"Kami akan membuat laporan polis seperti disaranan IIC yang menekankan agar pihak polis diberiklan ruang untuk menyiasat kes ini.
"Tentu sekali dalam masa terdekat ini untuk kami akan membuat laporan polis bahawa berlaku pemalsuan dokumen yang dihantar kepada FIFA.
"Kita mahu siasatan mengenai bagaimana pemalsuan ini boleh berlaku, siapa yang bertanggungjawab buat pemalsuan dokumen seperti disyorkan IIC." katanya.
Sementara itu, badan induk bola sepak negara itu turut mengekalkan hukuman kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman, yang digantung tugasannya serta-merta pada 17 Oktober lalu.