Skip to main content

Ragbi

Terkini: Dugro umum dirinya bakal jadi jurulatih ragbi 15's Malaysia

Duke

Kapten skuad ragbi 15's kebangsaan, Dinesvaran Krishnan, bakal kembali berbakti dengan tanggungjawab berbeza selepas mendedahkan secara eksklusif dalam program Astro Arena, The BangMed Show hari ini.

Selepas mengharumkan nama negara sepanjang karier yang menjangkaui lebih sedekad, sekali gus mengangkat martabat ragbi Malaysia.

"Saya dapat mewakili semula skuad kebangsaan. Dahulu saya sebagai pemain.

"Kali ini saya akan menjadi ketua jurulatih Bunga Raya.

"Saya berkongsi berita ini secara eksklusif di sini.

"Mereka menawarkan jawatan ini tahun lalu tetapi saya sangat sibuk.

"Saya menerima posisi itu tahun ini dan mahu mencabar diri saya di peringkat tertinggi.

"Cukuplah jadi jaguh kampung.

"Enam bulan pertama ini saya akan mengetuai dua kejohanan. Satu di Bangkok dan satu lagi Kejuaraan Asia.

"Saya panggil semua pemain dan bina daripada bawah.

"Enam bulan bagus untuk menunjukkan indeks prestasi utama (KPI)," katanya eksklusif kepada Shahrazad Sani atau lebih mesra dikenali Bangmed.

Pengumuman rasmi oleh Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) dijangka berlangsung esok.

Mesra disapa dengan nama Dugro, pemain yang mengisi posisi lock itu melakar sejarah selepas muncul pemain Malaysia pertama beraksi di Amerika Syarikat (AS) dalam Major League Rugby bersama Chicago Hound --  ini selepas sembilan musim bersaing dalam liga Jepun bersama dua pasukan berlainan. 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Must Watch Video