Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Sukan SEA

Terkini: Dua atlet terbaik negara dalam Sukan SEA Thailand terima SHAKAM tertinggi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

SEA

Jaguh renang negara, Khiew Hoe Yean, dan bintang wushu, Tan Cheong Min, mendapat pengiktirafan tertinggi apabila menerima Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) terbanyak menerusi pencapaian membanggakan dalam Sukan SEA Thailand, Disember lalu.

Bintang Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2024 itu memperoleh imbuhan RM32,000.00 selepas menggondol dua pingat emas, satu perak dan satu gangsa dalam temasya dwitahunan itu.

Advertisement

Sementara Tan Cheong Min pula membawa pulang RM26,666.67 selepas meraih dua pingat emas acara nanquan, nangun dan nangdao wanita mengulangi kejuaraan dalam edisi terdahulu.

Dengan kutipan 57 emas, 57 perak dan 117 gangsa, kontinjen negara menamatkan cabaran di tempat keempat keseluruhan, sekali gus menyaksikan Malaysia melepasi sasaran 200 pingat keseluruhan dengan menghimpunkan 231 pingat tanpa mengira warna.

Secara kesimpulannya, bayaran total sebanyak RM2,652,000.00 melibatkan campuran 46 jenis sukan dengan hoki (padang, dalam dewan dan 5 sebelah) penerima tertinggi.  
 

 

Must Watch Video