Skip to main content

Sukan

TERKINI Cub Prix: Takziah, pelumba maut kemalangan sewaktu berlumba

Putra

Berita baru diterima apabila tragedi ngeri menyelubungi Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu melibatkan seorang pelumba CP150, Farres Putra Mohd Fadhil, yang menghembuskan nafas terakhir ekoran mengalami kemalangan petang tadi.

Kejadian itu berlaku semasa perlumbaan akhir pusingan kelima Kejuaraan MAM Cub Prix 2026 petang ini di Selekoh 3 pada pusingan pembukaan perlumbaan.

Pelumba dari CKJ Racing itu menerima rawatan perubatan segera di litar sebelum dipindahkan ke Hospital Nur Zahirah, Kuala Terengganu, di mana, meskipun pasukan perubatan yang hadir telah berusaha sedaya upaya, dia disahkan meninggal dunia.

Wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, bersama jurukamera, Hurzaid Rosli, sedang berada di lokasi bagi perkembangan selanjutnya. Pelumba berusia 18 tahun itu pernah berkunjung ke Nadi Arena selaku tetamu jemputan.

Untuk rekod, Allahyarham merupakan pemenang dalam pusingan ketiga di Dataran Seri Jempol, Negeri Sembilan Jun lalu selain pernah merangkul juara keseluruhan Wira KBS pada 2024. 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement