Skip to main content

Permotoran

Terkini Cub Prix: Drama! Terlepas podium, dua pelumba dibatalkan kemenangan

CubPrix
Advertisement

Perkembangan terbaharu pusingan ketujuh PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix menyaksikan dua pelumba kategori Pro-Am dibatalkan kemenangan susulan mendapati enjin tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Drama berlaku di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Selatan apabila Fazli Sham (P1) dan Muhaimin Roslan (P2) terlepas podium berikutan pelanggaran kriteria, sekali gus mengangkat pemenang tempat ketiga, Firdaus Hamdan, selaku juara pusingan kali ini.

Advertisement

Tiada pengumuman berkenaan sebarang denda yang dikenakan setakat ini.

Berbaki satu lagi pusingan terakhir di Iskandar Puteri pada bulan hadapan, Amir Asyraf Azman berpeluang menjadi juara keseluruhan kelas tersebut apabila mengumpul mata terbanyak 101 setakat ini.

Advertisement

Kedudukan pelumba keseluruhan CP150-A pula menyaksikan naib juara pusingan ketujuh, Md Haziq Md Fairues, kini naik ke takhta tetapi hanya 0.5 mata membezakannya dengan Azroy Hakeem Anuar yang menguasai tangga kedua.

Kasma Daniel Kasmayuddin pula di tangga ketiga selepas mengumpul 95 mata dengan berbaki satu lagi pusingan bulan depan.

Kredit: Facebook Two Wheels

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video