Apa kata Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)?
Terdapat khabar angin mengatakan bekas bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo, akan dikurniakan kewarganegaraan Arab Saudi selepas dirinya mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa bersama Portugal baru-baru ini.
Pemenang lima kali Ballon d'Or itu sah menamatkan karier bersama Portugal selepas 23 tahun selaku satu-satunya pemain dalam sejarah dengan penampilan dan gol terbanyak sepanjang zaman negara itu.
Pemain berusia 41 tahun itu -- yang tampil dalam enam edisi Piala Dunia dan enam Euro -- merupakan memegang rekod dunia dengan 146 gol dan 234 penampilan.
Ronaldo memenangi Euro 2016 dan dua edisi Liga Negara-Negara (UNL) pada 2019 dan 2025.
🚨 Saudi Arabia has offered Cristiano Ronaldo honorary citizenship and an option to represent Saudi Arabia if he wants to continue playing International football. Riyadh Today. https://t.co/SugIZPNxy9
— Ball Zone (@TheBallZoneX) November 7, 2026
Menurut perkongsian yang tular itu, ia sebagai langkah untuk penyerang Al-Nassr sekiranya masih berhasrat mahu mewakili negara dengan menjadi kerakyatan Arab Saudi.
Usaha itu tampak mustahil apabila Ronaldo sudah membuat penampilan bersama Portugal di peringkat tertinggi, dan sukar untuk beraksi mewakili negara lain walaupun jika menukar kewarganegaraan.
Belum ada apa-apa pengesahan mahupun sebarang kenyataan daripada mana-mana pihak setakat ini.