Skip to main content

Hoki

Terkini: Brendon Carolan dilantik ketua jurulatih skuad hoki negara ganti Sarjit Singh

brendon

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal, dalam satu sidang media sebentar tadi, mengumumkan bahawa kontrak ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan, Sarjit Singh, tidak disambung.

Jawatan itu kini digalas legenda Afrika Selatan, Brendon Carolan, yang sebelum ini pernah bertindak sebagai penolong jurulatih Malaysia dari 2022-23 selain pernah bekhidmat sebagai Penasihat Prestasi Tinggi KHM.

Advertisement

"Kami memaklumkan bahawa Lembaga Pengarah KHM telah membuat keputusan bahawa kami tidak menyambung kontrak jurulatih Sarjit dan kami amat-amat menghargai apa yang telah jurulatih ini lakukan," kata Subahan dan sidang media berkenaan.

 

Must Watch Video