Bekas pelumba basikal negara, Ng Joo Pong, disahkan meninggal dunia pada usia 80 tahun selepas disahkan adiknya, Datuk Ng Joo Ngan, sebentar tadi,
Terdahulu, pada April lalu mendiang pernah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) susulan berada di zon merah akibat tekanan darah yang terlalu rendah.
Untuk rekod, dia dikenali sebagai 'The King of the Road', dia pernah mewakili negara ke Sukan Olimpik Tokyo 1964 dan Mexico 1968 serta meraih pingat emas Sukan Asia 1966.
Maklumat lanjut menyusul.