Skip to main content

Bola Sepak

TERKINI: AFC sah jatuhkan hukuman, lawan diberikan menang percuma

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

CAHN

Kelab terkemuka Vietnam, Cong An Ha Noi (CAHN), mengalami nasib malang apabila Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sah menjatuhkan hukuman berikutan kesilapan ralat pentadbiran menurunkan dua pemain tidak berkelayakan pada minggu lalu.

Skuad kendalian Mano Polking itu memenangi perlawanan timbal balik pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) dengan keputusan 4-0, namun ia telah ditarik semula dan diberikan kemenangan percuma 0-3 kepada Tampines Rovers.

Advertisement

Menjelang aksi kedua, wakil Singapura itu memiliki kelebihan tiga gol menuju suku akhir dan CAHN terpaksa bekerja keras memperbaiki kesilapan sendiri sekiranya mahu mara selepas gol agregat ditarik.

Terdahulu, CAHN membenarkan dua pemain, Stefan Mauk dan China, beraksi menentang Tampines Rovers walaupun sepatutnya menjalani penggantungan berikutan mengutip tiga kad kuning sebelum ini.

CAHN juga telah didenda sebanyak RM7,800.10 dan dikenakan penalti sebanyak 50 peratus (%) daripada yuran penyertaan mereka sebanyak RM312,004.

AFC mengesahkan bahawa kedua-dua Mauk dan China dianggap telah menjalani penggantungan satu perlawanan dan akan tersedia untuk beraksi dalam perlawanan kedua.

Masihkah anda ingat, kejadian sama pernah berlaku dalam kempen ini pada musim lalu. Gergasi Jepun, Sanfrecce Hiroshima, mengalami nasib sama apabila menurunkan pemain tidak sah, sekali gus memberikan kemenangan percuma kepada Lion City Sailors (LCS) meskipun pada awalnya Sanfrecce memenangi aksi 6-1.

Tidak dilupakan, situasi ini sedikit-sebanyak mengingatkan kepada PDRM yang menurunkan pemain tidak berkelayakan, Mohd Safiee Ahmad, yang sepatutnya menjalani penggantungan satu perlawanan.

Selangor terus diberikan kemenangan 3-0 oleh sebab perkara itu sebelum menjulang trofi MFL Challenge Cup musim lalu.

 

Must Watch Video