Dari kelab angan-angan hingga ke pentas Asia!
Kuching City akan bertemu gergasi Korea Selatan, Gangwon, apabila diundi dalam Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim ini.
Dua lagi pasukan, Kitchee dari Hong Kong dan wakil Kemboja iaitu Phnom Penh Crown, melengkapkan Kumpulan H tersebut selepas selesai undian yang berlangsung di Grand Hyatt Kuala Lumpur sebentar tadi.
Naib juara Liga Super itu akan bertanding buat kali pertama dalam kancah kedua tertinggi Asia itu dengan misi mara sejauh mungkin.
🚨Debut Asia, wakil negara Kuching City berdepan Gangwon, Kitchee dan Phnom Penh Crowm dalam kumpulan H ACL Two.@ASTROARENA pic.twitter.com/eKIR87MS7r
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) August 18, 2026