Bekas pemain Norwich City, Teemu Pukki, sah mengumumkan persaraan daripada arena bola sepak profesional sejurus tamat musim ini.
Dengan 133 penampilan dan 43 gol bersama skuad kebangsaan Finland, Pukki meninggalkan legasi besar apabila sering menjadi watak penting pasukan negara mahupun kelab diwakilinya.
Dari Sevilla ke Schalke 04, dari Celtic ke HJK Helsinki, penyerang berusia 36 tahun itu tidak ketinggalan untuk meraih pelbagai kejuaraan termasuk membantu Norwich City layak ke Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum ini.
210 City appearances 88 City goals 1 🐐 Teemu Pukki has announced his retirement at the end of the Finnish season 🔰 https://t.co/tBX3yCh2on
— Norwich City FC (@NorwichCityFC) October 20, 2026