Skip to main content

Bola Sepak

Terengganu perlu bangkit, Nafuzi kecewa peluang disia-siakan

Terengganu perlu bangkit, Nafuzi kecewa peluang disia-siakan

Hanya satu kemenangan daripada tiga perlawanan Liga Super musim ini menimbulkan persoalan terhadap prestasi semasa Terengganu, apatah lagi selepas mereka sekadar seri tanpa jaringan dengan Penang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, semalam.

Keputusan itu nyata mengecewakan penyokong, malah turut mengundang rasa tidak puas hati ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain.

Nafuzi mengakui kecewa melihat anak buahnya gagal memanfaatkan beberapa peluang yang hadir dan berharap kelemahan tersebut dapat diperbaiki menjelang perlawanan seterusnya.

Menurutnya, kelebihan beraksi di laman sendiri sepatutnya dimanfaatkan sebaik mungkin, namun Terengganu gagal menterjemahkan penguasaan dan peluang kepada jaringan.

Persembahan skuad Penyu juga dilihat goyah pada separuh masa pertama sebelum tampil lebih bertenaga selepas rehat.

Bagaimanapun, ketumpulan jentera serangan terus menghantui Terengganu apabila beberapa peluang terbaik gagal disudahkan, sekali gus memaksa mereka berpuas hati dengan satu mata.

Nafuzi berharap anak buahnya mampu memberikan reaksi lebih positif selepas ini bagi memastikan Terengganu kembali ke landasan kemenangan.

"Kita nampak permainan agak kurang meyakinkan. Pemain juga nampak kelam kabut dan gopoh, tapi kita mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol.

"Bagaimanapun selepas babak kedua pemain beraksi lebih baik berbanding awal permainan, mereka bersungguh-sungguh untuk menjaringkan gol.

"Namun ia belum cukup lagi, jadi pemain perlu bekerja lebih keras untuk menjadi lebih baik, keputusan seri 0-0 ternyata agak kecewa kerana kita terlepas tiga mata lebih-lebih lagi beraksi di tempat sendiri," katanya.

Terengganu dijadualkan berdepan Star City pada aksi seterusnya, dengan lawan mereka itu turut mengutip satu mata selepas seri 2-2 dengan Negeri Sembilan.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement