Terengganu dalam satua kenyataan semalam mengumumkan kerjasama strategik dengan kelab gergasi Indonesia, Persija Jakarta, dalam satu majlis rasmi di Jakarta.
Majlis berkenaan turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif TFCSB, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Ketua Pegawai Operasi TFCSB, Syahrizan bin Mohd Zain, serta Presiden Persija Jakarta, Mohamad Prapanca.
Advertisement
Kerjasama itu merangkumi pertukaran ilmu teknikal, pembangunan pemain dan staf, peluang pemasaran, serta inisiatif pelancongan bola sepak antara kedua-dua kelab.
"Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) hari ini mencatat satu detik penting apabila memeterai Perjanjian Kerjasama Strategik bersama Persija Jakarta dalam satu majlis rasmi di Jakarta. Lebih bermakna, pemeteraian ini diadakan bersempena ulang tahun ke-97 Persija Jakarta, sebuah kelab berprestij dalam sejarah bola sepak Indonesia," kata kenyataan itu.
"Kerjasama ini dijangka membuka ruang baharu dalam meningkatkan profesionalisme, kualiti pasukan dan hubungan serantau di antara Malaysia dan Indonesia.
"Terengganu FC merakamkan penghargaan kepada Persija Jakarta atas sambutan mesra dan keyakinan yang diberikan. Semoga kerjasama ini menjadi permulaan kepada program bersama, pertukaran budaya dan hubungan lebih kukuh antara kedua-dua kelab serta penyokong."
Bola Sepak,Liga Super Malaysia,Terengganu FC,Persija Jakarta,
