Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Terengganu dituntut ubah corak pemikiran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Liga Super, Liga-M, Piala Malaysia

Pemangku jurulatih Terengganu, Tengku Hazman Raja Hassan, menuntut perubahan mentaliti daripada anak buahnya agar tidak dibayangi kekecewaan tersingkir dalam saingan Piala Malaysia.

dalam perkongsian bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, menjelang pertemuan Liga Super bertemu Melaka di tempat lawan malam ini, skuad Peteh sekali lagi terpaksa melupakan khidmat tonggak utama,  Careca, kerana isterinya bersalin.

Advertisement

Untuk rekod, Careca turut diberi pelepasan ketika terengganu tewas 1-2 kepada Kuala Lumpur (KL) City dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia, Ahad lalu.

"Pemain perlu tahu untuk atur jadual dan masa rehat mereka terutama pada awal puasa ini.

"Kami kena tukar corak pemikiran dan masih ada baki saingan liga untuk difokus.

"Kalau pusingan kedua kebanyakan pasukan tukar pemain import dan dibimbing oleh Elevarasan, kami tidak boleh ambil mudah persiapan Melaka.

"Dia tidak akan diletakkan dalam kesebelasan utama kerana sebelum ini berehat lama.

"Saya mempersiapkannya untuk menghadapi perlawanan seterusnya," katanya di Nadi Weekend. 
 

Must Watch Video