Perseorangan profesional lelaki negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin, menjuarai Terbuka Vietnam menerusi aksi straight set, sebentar tadi.
Bekas pemain kebangsaan itu mengungguli pemain di ranking ke-33 dunia dari Singapura, Jason Teh, 21-16, 21-14 dalam tempoh 45 untuk dijulang sebagai juara kejohanan super 100 tersebut di Bandar Ho Chi Minh.
Kejayaan itu menamatkan kemarau 18 bulannya tanpa kejuaraan sejak menawan Cabaran Antarabangsa Sri Lanka.