Beregu wanita sensasi negara, Pearly Tan-M. Thinaah, semakin hampir dalam pemburuan mereka mengejar gelaran Terbuka Taipei 2026 selepas mengesahkan kemaraan ke perlawanan separuh akhir apabila wakil tuan rumah, Lin Chih-Chun-Yang Chu Yun, dalam aksi straight set 21-14 21-17 di Taipei Arena 2, sebentar tadi.
Gandingan ranking kelima dunia itu mencipta sensasi dengan corak permainan pantas serta masing-masing memperagakan pukulan kencang dan pertahanan ampuh untuk membenam cabaran lawan.
Di peringkat separuh akhir, wakil negara yang merupakan juara edisi 2022 itu akan bertemu antara gandingan Thailand, Ornicha Jongsathaporn-Sabrina Sophita atau pasangan Amerika Syarikat, Francesca Corbett-Jennie Gai.
Kali terakhir Pearly Tan dan M. Thinaah merangkul gelaran juara adalah pada 25 Januari 2026 di kejohanan Masters Indonesia 2026.