Skip to main content

Badminton

Terbuka Taiwan: Aaron Chia-Aaron Tai muncul naib juara

Terbuka Taiwan: Aaron Chia-Aaron Tai muncul naib juara

Hasrat beregu lelaki negara, Aaron Chia-Aaron Tai, untuk merangkul gelaran Terbuka Taiwan 2026 tidak kesampaian apabila terpaksa berpuas hati selaku naib juara selepas tewas kepada pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando dan Daniel Marthin, di Arena Taipei, hari ini.

Gandingan Malaysia memberikan tentangan sengit sepanjang perlawanan, namun gagal mengekalkan momentum pada mata-mata kritikal sebelum tewas dalam aksi straight set.

Dalam set pertama, Aaron Chia-Aaron Tai terlebih dahulu memberi saingan hebat sebelum akur tewas, 21-23.

Mereka cuba bangkit pada set kedua, namun kecekapan pasangan Indonesia mengawal rentak permainan menyaksikan wakil negara sekali lagi terpaksa mengibarkan bendera putih di set kedua dengan keputusan 19-21.

Meskipun gagal menjulang kejuaraan, pencapaian muncul naib juara tetap menjadi petanda positif buat gandingan baharu negara yang semakin menunjukkan keserasian ini selain berpotensi menjadi antara sandaran utama Malaysia dalam kejohanan-kejohanan akan datang.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video