Skip to main content

Badminton

Terbuka Singapura: Prestasi beregu lelaki negara jadi tumpuan

Terbuka Singapura: Prestasi beregu lelaki negara jadi tumpuan

Susulan tamat Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2026, terdapat beberapa aspek positif yang boleh diambil kira apabila tiga pasangan beregu lelaki negara berjaya melayakkan diri ke saingan suku akhir.

Bagaimanapun, ia bukan satu kebanggaan apabila tiada wakil negara berjaya menembusi ke saingan separuh akhir, yang sedikit sebanyak merisaukan peminat dan penyokong badminton tanah air.

Juara Piala Thomas 1992, Datuk Razif Sidek, memuji prestasi beregu muda, Kang Khai Xing dan Aaron Tai, selepas mereka berjaya memenangi satu satu set ketika menentang jaguh beregu India.

Razif menegaskan kemenangan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban harapan terhadap beregu lelaki senior.

Selain itu, Datuk Razif berharap momentum kem beregu lelaki negara berterusan, kerana dia ingin melihat lebih ramai pasangan muda seperti Khai Xing dan Aaron berjaya meningkatkan mutu permainan mereka dan bersedia menjadi tonggak utama skuad negara pada masa depan.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video