Skip to main content

Badminton

Terbuka Singapura: Pearly-Thinaah kandas, DinFei tumbangkan Arif Junaidi-Roy King untuk ke suku akhir

a

Perjalanan beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M.Thinaah, terhenti di pusingan 16, Terbuka Singapura 2026 selepas tewas kepada wakil Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimisaard, di Stadium Tertutup Singapura 2026, sebentar tadi.

Tempoh 37 minit perlawanan menyaksikan wakil negara tewas di ranking kedua dunia itu dalam aksi straight set, 16-21,19-21, dalam kejohanan berstatus Super 750 itu.

Pearly-Thinaah yang turun selaku pilihan kedua kejohanan itu terpaksa akur tewas 16-21 dalam set pertama meskipun memberikan saingan sengit kepada lawan yang berada di ranking ke-105 dunia -pernah menduduki ranking kesembilan dunia- itu.

 

 

 

 

Wakil negara memberikan saingan sengit untuk mengheret lawan ke set penentuan apabila mendahului 14-9, namun ketangkasan lawan memberikan mereka kelebihan untuk menoktahkan perjalanan wakil negara dengan tewas 19-21.

Untuk rekod, Pearly-Thinaah terpaksa menarik diri dalam dua kejohanan utama sebelum ini susulan Pearly mengalami kecederaan di bahagian belakang.

Sementara itu, beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, meneruskan rentak ke suku akhir selepas menewasan akan senegara, Arif Junaidi-Yap Roy King, menerusi aksi rubber set, 23-21,21-16, 21-8 dalam tempoh 52 minit perlawanan.

 

DinFei akan turun berdepan beregu elit Indonesia, Fajar Alfian-Shohibul Fikri, dalam saingan suku akhir esok. 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video