Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing, terus mencipta sensasi apabila mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka Perancis dengan menumbangkan pasangan China, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui, di Arena Grand Paris sebentar tadi.
Turun selaku beregu bukan pilihan, Pang Ron dan Pei Jing tidak menunjukkan sebarang rasa gentar berdepan gandingan pilihan keenam berkenaan, di mana mereka tenang menguasai permainan sebelum meraih lima mata berturut-turut untuk memenangi set pertama 21-13.
Penguasaan itu diteruskan mereka dalam set kedua untuk langsung tidak pernah ketinggalan sejak melakukan pukulan pertama sebelum mengesahkan kemenangan 21-9 selepas secara keseluruhan bertarung selama 31 minit.
Menanti mereka dalam penentuan gelaran esok ialah pemenang di antara pilihan utama dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, dan pilihan keempat dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue.
"Terbuka Perancis","Hoo Pang Ron","Lai Pei Jing","Badminton"