Skip to main content

Badminton

Terbuka Malaysia: Tekanan saat getir pemutus Aaron-Wooi Yik lawan Won Ho-Seung Jae

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Badminton

Pengarah Kejurulatihan Beregu Negara, Rexy Mainaky, percaya sekiranya Aaron Chia-Soh Wooi Yik lebih berkeyakinan pada saat-saat getir.

Beregu lelaki nombor satu negara itu terpaksa akur dengan kejagoan gandingan Korea Selatan, KimKorea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, yang mempertahankan gelaran Terbuka Malaysia di Axiata Arena, semalam.

Advertisement

"Dalam pertemuan terakhir, Aaron-Wooi Yik menang dan tahap mereka (dalam Terbuka Malaysia) tidak jauh beza, cuma daripada segi keyakinan dalam situasi tertentu, Korea Selatan lebih berpengalaman.

"(Ketika di kedudukan) mata 19-18 set ketiga, Aaron teragak-agak mahu pukul kuat atau tolak sahaja, akhirnya bulu tangkis keluar.

"Seung Jae adalah perancang utama, dia bijak meneutralkan situasi. Walaupun Won Ho ditekan berkali-kali, Seung Jae berjaya menenangkan keadaan dan sangat kurang melakukan kesilapan berbanding pasangannya," katanya dalam sidang media.

Topik Berkaitan

Must Watch Video