Gandingan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, kepada beregu nombor lapan dunia dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet, dalam aksi suku akhir Terbuka Malaysia 2025 sebelum ini, ketua jurulatihnya, Nova Widianto, tampil mendedahkan punca kekalahan juara dunia 2025 itu.
Menurut Nova, daripada segi fizikal, The Little Gangsters sebenarnya berada dalam prestasi terbaik.
Advertisement
Namun, gangguan fokus jelas kelihatan pada set penentuan, sekali gus menjejaskan rentak permainan mereka.
Nova turut menegaskan isu fokus tinggi ini perlu diberikan perhatian serius dan ditangani dengan segera.
"Pertama sekali kami minta maaf tidak dapat melangkah lebih jauh lagi, hari ini (kelmarin) jika dilihat sebenarnya dalam set pertama kami sudah menjangkakan mereka (pihak lawan) beraksi bagaimana kerana sebelum ini pernah bertemu dan tewas.
"Set kedua kami dapat atasi, set ketiga pula kami hilang fokus, mereka sudah kejar tetapi ketinggalan lagi. Kurang konsisten." katanya.
Dalam pada itu, dia turut meletakkan sasaran tinggi terhadap kejayaan Tang Jie-Ee Wei, dalam kejohanan Seluruh England, Kejohanan Asia, serta Kejohanan Dunia 2026.