Tempoh 40 minit diperlukan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, melepasi halangan pertama untuk mara ke pusingan kedua, Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 sebentar tadi.
Tang Jie-Ee Wei menewaskan lawan dari Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu, dalam aksi straight set, 21-12,21-17, di Axiata Arena.
Advertisement
#PETRONASMalaysiaOpen2026
MD | R32#MAS🇲🇾 Goh Sze Fei-Nur Izzuddin 7️⃣ def. #DEN🇩🇰 Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard 21-15 21-13
⏱️ 38m
*Sze Fei-Izzuddin secure their spot in the R16 with a straight-game victory against the Danish duo, leveling their head-to-head record at… pic.twitter.com/xXhWf2nu8s— BAM (@BA_Malaysia) January 6, 2026
Mereka mempamerkan aksi bertenaga dalam set pertama menerusi kemenangan 21-12, sebelum meneruskan rentak terbaik mereka dengan mengambil kesempatan terhadap wakil Indonesia yang bergelut memberikan aksi terbaik mereka dalam set kedua untuk menang 21-17.
Dalam satu lagi perlawanan menyaksikan beregu profesional lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sz Fei, turut bermula langkah kanan selepas menewaskan Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dari Denmark.