Skip to main content

Badminton

Terbuka Malaysia: Strategi mereka 'solid' -- DinFei akur hajat ke suku akhir tidak kesampaian

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dinfei

Bekas beregu lelaki nombor satu dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, mengakui kesilapan 'unforced error' yang berulang menutup hajat mereka ke suku akhir Terbuka Malaysia 2026 selepas ditunjukkan jalan keluar oleh gandingan England, Ben Lane-Sean Vendy, dalam aksi straight games 13-21, 17-21, di Axiate Arena, hari ini.

Meskipun juara Terbuka India 2025 itu mendahului dalam set pertama dan kedua, namun keampuhan serangan dan pertahanan lawan yang berada di ranking ke-16 dunia itu menggagalkan usaha mereka untuk mengekalkan jarak mata.

Advertisement

Kekalahan itu melebarkan rekod kekalahan FeiDin kepada pasangan England itu menjadi 2-0.

 

 

 

Selepas ini, pasangan negara akan meneruskan perjuangan dalam Terbuka India yang akan membuka tirai daripada 13 hingga 18 Januari ini.

"Pelan permainan mereka sangat padu, kelemahan sangat jelas, dan kami lakukan terlalu banyak unforced error," kata Sze Fei.
 

"Memang strategi mereka baik dan mereka kekalkan strategi mereka dengan baik." tambah Izzuddin.

Must Watch Video