Beregu lelaki veteran negara, Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong, kandas dalam pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia apabila tewas kepada gandingan pilihan utama dari Korea Selatan, Kim Won Ho-So Seung Jae, di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.
Wee Kiong, 36, dan Azriyn, 32, pada awalnya hampir mencipta kejutan dalam set pertama apabila mendahului 11-5 tetapi kedudukan itu tidak bertahan lama apabila mereka membenarkan lawan menyamakan kedudukan 13-13 sebelum akur dengan kekalahan 15-21.
Advertisement
Dalam set kedua, giliran mereka mengekor rapat mata lawan tetapi menuju ke penghujung saingan, faktor kecergasan jelas memihak Won Ho-Seung Jae, yang mengesahkan tempat ke suku akhir dengan kemenangan 21-16 selepas secara keseluruhan bertarung selama 41 minit.