Skip to main content

Badminton

Terbuka Malaysia: Perjuangan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berakhir di tangan wakil England

badminton

Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, terlepas peringkat suku akhir Terbuka Malaysia selepas tumbang kepada gandingan England.

Kempen Sze Fei-Nur Izzuddin di Axiata Arena, Bukit Jalil, sebentar tadi terus dilanda kekecewaan dengan kekalahan straight set 21-13, 21-17 kepada Ben Lane-Sean Vendy.

Mereka berdepan kesukaran untuk menukar permainan kepada corak menyerang dan situasi itu menjadi titik tolak kepada kekerapan mereka menghadiahkan mata kepada pihak lawan. 
 

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement