Skip to main content

Badminton

Terbuka Malaysia: Laluan Goh Soon Huat-Shevon Lai ke suku akhir tersekat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton

Masalah kesihatan menafikan langkah beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, untuk melolosi peringkat 16 Terbuka Malaysia, sebentar tadi. 

Kebimbangan Soon Huat sejak semalam ternyata menjadi kenyataan berikutan masalah keracunan makanan yang dialami pasangannya, Shevon. 

Advertisement

Situasi itu menghalang mereka untuk meneruskan kemaraan apabila seteru yang mereka singkirkan dalam pusingan awal tahun lalu, Presley Smith-Jennie Gai, dari Amerika Syarikat mara ke suku akhir dengan menoktahkan kemenangan 21-9, 21-17 dalam tempoh 35 minit.

Must Watch Video