Skip to main content

Badminton

Terbuka Malaysia: Kami percaya kami boleh atasi masalah ini -- Toh Ee Wei

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jie

Juara dunia 2025, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, tidak berdepan masalah melangkah ke pentas suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026, dengan keputusan straight set,  21-13, 23-21 selepas mengatasi rakan senegara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, di Axiata Arena, hari ini.

Walaupun ketinggalan 10-17 dalam set kedua, namun api perjuangan dipamerkan gandingan di ranking keempat dunia itu membuktikan mengapa mereka memegang gelaran juara dunia.

Advertisement

Perkara itu sekali gus memperbaiki rekod pertemuan ke atas Pang Ron-Su Yin kepada 4-0.

Kemenangan itu juga menyaksikan gandingan yang dikenali sebagai The Little Gangsters itu berada di landasan terbaik untuk menyamai pencapaian edisi lalu iaitu mara ke separuh akhir.

 

 

 

 

 

"Kami percaya kami boleh mengatasi masalah ini, kami cuba berjuang untuk mendapatkan semua mata meskipun banyak ketinggalan.

"Kami fokus satu demi satu mata, jadi saya gembira kami boleh mengatasi cabaran hari ini," kata Ee Wei.

"Tidak senang juga, kami sentiasa fikir untuk mencari mata dan mendapat rentak semula bersama pasangan." tambah Tang Jie.

Must Watch Video