Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, terpaksa akur ditunjukkan jalan keluar oleh wakil Indonesia, Jonatan Christie, dalam pusingan kedua, Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 menerusi aksi straight set 18-21,11-21, di Axiata Arena, sebentar tadi.
Set pertama menyaksikan kedua-dua pemain saling berkejaran mata sehingga terikat 17-17, namun terpaksa akur selepas Jonatan terlebih dahulu mengutip lima mata terakhir untuk menang 21-18.
Advertisement
Meskipun Jun Hao cuba mengheret wakil negara di set penentuan dengan mampamerkan aksi lebih berdisiplin, wakil Indonesia yang turun selaku pilihan keempat itu lebih dominan mengutip mata demi mata sekali gus menoktahkan perlawanan dengan kemenangan 21-11 dalam tempoh 54 minit.