Juara dunia beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, menempah tiket suku akhir Terbuka Malaysia menerusi kemenangan straight set, sebentar tadi.
Mereka, bagaimanapun, terpaksa mengorbankan rakan senegara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, ketika meniti laluan kemaraan di Axiata Arena, sebentar tadi.
Advertisement
Dalam pertemuan keempat mereka itu, Tang Jie-Ee Wei melakar kemenangan 21-13, 23-21, sekali gus melebarkan rekod pertemuan mereka kepada 4-0.