Beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mempamerkan aksi penuh bermaruah sebelum kandas dalam pentas final Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Axiata Arena, semalam.
Beregu kedua dunia itu bertemu wakil Korea Selatan dan juga merupakan pasangan nombor satu dunia, Seo Seung-jae-Kim Won-ho, bagi merebut gelaran pertama sekali gus menamatkan kemarau 12 tahun menjulang kejuaraan di laman sendiri.
Advertisement
Meskipun mengikat permainan menerusi set kedua 21-12, ketangkasan pihak lawan menghentikan harapan wakil negara apabila meraih kemenangan mutlak 21-18 dalam set penentuan untuk menjulang trofi pertama 2026.
Bekas Juara Dunia 2022 tidak patah semangat, sebaliknya mahu terus bangkit bagi menghadapi pertandingan seterusnya sepanjang musim ini.
Thank you TULANG BELAKANG 🇲🇾@aaronchiatf24 @sohwooiyik
You guys did well and amazing! Good start for 2026!
“Not regret, luck semalam dah habis😆…” - ChiaSoh@ASTROARENA pic.twitter.com/A4Y4ZXi0rx— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) January 11, 2026
"Kami harap ada. Ini baru kejohanan pertama. Ada banyak lagi menanti musim ini.
"Kami akan terus berusaha untuk memperoleh kejayaan," kata Aaron Chia.
"Penampilan mereka berdua cukup baik. Kita menyaksikan dua pertembungan hebat membabitkan ranking pertama dan kedua dunia," kata Herry Iman Pierngadi.