Skip to main content

Badminton

Terbuka Kanada: Lee Zii Jia terlepas ke final dalam aksi 70 minit

LZJ

Hasrat perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, untuk menamatkan badi ke perlawanan akhir tidak kesampaian apabila tewas kepada Riki Takei dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Kanada, sebentar tadi. 

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu terlebih dahulu menerima asakan daripada wakil Jepun itu apabila tewas set pertama, sebelum kembali bangkit dalam permainan kedua untuk mengheret pemain ranking ke-74 dunia itu ke set penentuan. 

Tatkala mata terikat 17-17, Riki Takei lebih bersifat agresif kerap melakukan pukulan kencang sebelum mengakhiri kemenangan sulung ke atas wakil negara itu selepas bertarung hampir 70 minit. 

Untuk rekod, meskipun terlepas ke final, namun ia adalah kemaraan ke separuh akhir Jelajah Dunia BWF pertama Lee Zii Jia sejak menjulang gelaran Terbuka Australia pada Jun 2024.


 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video