Perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, mara ke suku akhir kedua tahun ini apabila bakal menghitung pertemuan dengan Wang Po-Wei dari Taiwan dalam Kejohanan Badminton Terbuka Kanada.
Zii Jia --yang kini berada di ke-60 dunia -- mencipta kemenangan straight set di Markham Pan Am Centre, sebentar tadi, dengan corak permainan berbeza apabila banyak mengutip mata menerusi rejaman sebelum ketepatan membuat pukulan ke belakang acap memerangkap lawan.
Dia mengekalkan rentak untuk kemenangan 21-11, 21-13 ke atas rakan senegara Po-Wei, Liao Jhuo Fu, sekali gus melangkah ke suku akhir pertamanya sejak Terbuka Thailand, pada awal ini.
Pemain di ranking ke-45 itu mara setelah mengatasi pemain Denmark, Ditlev Jager Holm, 21-5, 21-13.