Skip to main content

Badminton

Terbuka Jerman: FeiDin, Soon Huat-Shevon tersingkir

Terbuka Jerman: FeiDin, Soon Huat-Shevon tumbang

Perjalanan Malaysia di Terbuka Jerman 2026 terhenti di peringkat suku akhir apabila dua wakil terakhir negara gagal meneruskan kemaraan dalam aksi yang berlangsung di Mulheim, awal pagi tadi.

Tumpuan utama terarah kepada beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani, namun pasangan yang dikenali sebagai FeiDin itu tewas 21-16, 16-21, 18-21 kepada gandingan Taiwan, Chiu Hsiang Chieh dan Wang Chi-lin dalam perlawanan selama 50 minit.

Advertisement

Walaupun bermula cemerlang dengan memenangi set pertama 21-16, rentak pasangan negara sedikit goyah apabila lawan bangkit menguasai set kedua dengan keputusan sama untuk mengheret aksi ke set penentuan.

Set ketiga menyaksikan pertarungan sengit sebelum insiden kontroversi berlaku ketika kedudukan 18-20. Izzuddin membiarkan bulu tangkis jatuh kerana menyangka ia keluar, namun penjaga garisan memberi isyarat ‘penglihatan terhalang’, menyerahkan keputusan kepada pengadil. Keputusan bahawa bulu tangkis tersebut masuk sekali gus memberikan mata kemenangan kepada pasangan Taiwan, meskipun dibantah oleh kem negara.

Dalam satu lagi perlawanan, beregu campuran profesional Goh Soon Huat dan Shevon Lai Jemie turut tersingkir selepas tewas 17-21, 13-21 kepada pasangan ranking ke-190 dunia, Terry Hee dan Gloria Emanuelle Widjaja dalam tempoh 30 minit.

Keputusan tersebut menyaksikan tiada wakil Malaysia berjaya mara ke separuh akhir kejohanan bertaraf Super 300 itu, sekali gus menuntut analisis dan penambahbaikan menjelang saingan seterusnya.
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video