Skip to main content

Badminton

Terbuka Jepun: Masih terlalu awal untuk menilai -- Presiden BAM

fd

"Masih awal untuk menilai"

Itu penjelasan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, enggan cepat melatah terhadap eksperimen gandingan scratch pair negara.

Ia menyaksikan Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong gagal mencipta permulaan diimpikan apabila tersingkir seawal pusingan pertama dalam Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2020 pada Rabu lalu.

Mereka tewas kepada pasangan nombor 18 dunia dari Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen dalam aksi rubber set sekali gus menyaksikan percubaan pertama gandingan itu belum membuahkan hasil.

Sebelum ini, Wei Chong bergandingan dengan Tee Kai Wun, manakala Wooi Yik merupakan pasangan tetap Aaron Chia selaku beregu utama negara.

"Memang 'scratch pair' ini baru lagi, berada di peringkat tinggi di Terbuka Jepun. Harapan saya mereka boleh akrab antara saling sama lain.

"Saya difahamkan oleh jurulatih negara bahawa mereka berada dalam rancangan jangka masa panjang, untuk mengadili mereka selepas aksi di Jepun masih terlalu awal.

 

 

 

 

"Sasaran adalah untuk memastikan mereka dapat bawa pulang pingat buat negara," katanya.


Daripada badminton ke bola sepak, demam Piala Dunia 2026 turut dirasai Tengku Zafrul.

Sebagai penyokong tegar England, dia turut meluangkan masa menonton siaran langsung perlawanan menerusi skrin gergasi di sebuah restoran di Ampang.

Majlis santai itu turut dihadiri bekas penyerang negara, IOndra Putra ahayuddin dan pertahanan import Kuala Lumpur City, Giancarlo Gallifuoco.

"Piala Dunia empat tahun sekali, kali ini lebih ramai negara begitu juga dijangkakan edisi akan datang. Mungkin Malaysia boleh jadi salah satu pasukan nanti, itu yang kita harapkan." tambahnya.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Must Watch Video