Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani melepasi ranjau tiga set untuk menempah tiket separuh akhir Terbuka Jepun, sebentar tadi.
Kemenangan suku akhir kejohanan berstatus super 750 di Tokyo Metropolitan Gymnasium ke atas Chen Zhi Yi-Presley Smith itu diatur dengan menawan set pertama 21-18.
Kelancaran permainan yang dijelmakan beregu profesional negara itu tidak berlaku dalam set kedua apabila tumpas 15-21.
Namun, juara 2024 itu tidak lagi memberikan banyak ruang terhadap lawan dari Amerika Syarikat (AS) tersebut untuk menoktahkan kemenangan 21-13.