M. Thinaah tidak berselindung perlu melipatgandakan aspek kerja rumah mereka sebelum tenggelam kepada beregu wanita Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto, dalam pertarungan dua set hari ini.
Ini kali ketiga berturut-turut Thinaah dan gandingannya, Pearly Tan, ditundukkan lawan serupa dan kali mereka ditunjukkan jalan keluar 16-21, 13-21 dalam Terbuka India di Kompleks Sukan Indira Gandhi.
Advertisement
"Pihak lawan benar-benar kerap mengasak kami selain kami tidak bertahan dengan kental.
"Pihak lawan juga lebih pantas jadi kami perlu lebih berwaspada dalam aspek bertahan, agresif dan lebih berani.
"Kami perlu lebih bermain dengan jitu dan yakin," kata pemain beregu wanita kebangsaan itu.
Sementara itu, Pearly memberi bayangan bahawa dia tidak perlu berehat panjang selepas bergelut dengan kecederaan pergelangan kaki sejak set kedua permainan.
"Saya tidak mengalami kecederaan lutut yang serius.
"Kami perlu balik dan tingkatkan prestasi," katanya pula.