Skip to main content

Badminton

Terbuka India: Sze Fei-Nur Izzuddin kandas di tangan beregu Taiwan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fei din

Beregu lelaki pofesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, kandas dalam pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka India apabila tewas kepada gandingan bukan pilihan dari Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan, di Kompleks Sukan Indira Gandhi sebentar tadi.

Gandingan negara itu kandas dalam pusingan kedua Terbuka Malaysia minggu lalu dan kali ini, mereka masih tidak dapat melepasi peringkat itu.

Advertisement

Selepas tewas mudah 14-21 dalam set pertama, Sze Fei dan Nur Izzuddin bergelut untuk memenangi set kedua tetapi masih dapat meraih tiga mata terakhir untuk mencatatkan kemenangan 21-17

Bagaimanapun, mereka sekali lagi gagal mengikut rentak lawan untuk akur terkandas dengan kekalahan 14-21 dalam set penentuan selepas secara keseluruhan bertarung selama 46 minit.

 

Must Watch Video