Perseorangan meningkat naik negara, Justin Hoh, kandas dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka India apabila tewas kepada pemain berpengalaman dari China, Lu Guang Zu, di Kompleks Sukan Indira Gandhi sebentar tadi.
Justin di ranking ke-39 dunia, pada awalnya menunjukkan aksi cemerlang berdepan pemain nombor 15 dunia berkenaan, di mana pada satu ketika dia memimpin set petama 11-6.
Advertisement
Bagaimanapun, ketika mendahului 16-15, dia membenarkan lawan untuk memperoleh empat mata berturut-turut sebelum akur dengan kekalahan 17-21.
Dalam set kedua, Justin ketinggalan sejak dari awal permainan sebelum terkandas dengan kekalahan 15-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama 42 minit.