Skip to main content

Badminton

Terbuka India: Gandingan Jepun hatrik bayangi Pearly Tan- M. Thinaah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton

Laluan beregu wanita negara, Pearly Tan- M. Thinaah, ke final Terbuka  India tersekat apabila dihantui wakil Jepun, sebentar tadi.

Pertemuan di Indira Gandhi itu menyaksikan Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto berhasil menafikan perjalanan Pearly-Thinaah secara hatrik.

Advertisement

Fukushima-Matsumoto tidak berdepan tekanan besar untuk mengekalkan pendahuluan mereka sejak awal permainan gara-gara kesilapan mudah yang sering dilakukan wakil negara selaku nombor dua dunia.

Mereka mengekalkan rentak itu hingga kemenangan 21-16.

Malah, Pearly-Thinaah membuka set kedua dengan langkah sumbang apabila ketinggalan 0-5.

Lebih memburukkan lagi keadaan apabila Pearly memerlukan rawatan terhadap pergelangan kakinya ketika beregu Jepun itu berkelebihan 9-1.

Sejak itu, pergerakan atlet berumur 25 tahun tersebut sentiasa terbatas, disusuli Thinaah -- yang bertungkus lumus -- pula yang memerlukan rawatan di bahagian tapak tangannya di kedudukan 6-16.

Walaupun bersemangat tinggi dalam meneruskan cabaran, namun mereka harus akur dengan Fukushima-Matsumoto yang beraksi dengan penuh keyakinan untuk kemenangan 21-13 menerusi servis yang tidak menjadi.


 

Topik Berkaitan

Must Watch Video