Skip to main content

Bola Sepak

Terbuka India: FeiDin berdepan detik cemas sebelum mara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Terbuka India: FeiDin berdepan detik cemas sebelum mara

Juara bertahan, Goh Sze Fei–Nur Izzuddin Rumsani, terpaksa berdepan ranjau sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Terbuka India, semalam.

Beregu lelaki nombor tujuh dunia itu terpaksa menampilkan permainan berintensiti tinggi di awal saingan Terbuka India apabila perlu bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum menewaskan gandingan veteran Korea Selatan–Malaysia, Choi Sol Gyu–Goh V Shem, 19-21, 21-16, 21-10 di Kompleks Sukan Indira Gandhi.

Advertisement

Gandingan profesional negara itu bakal bertemu wakil Taiwan, Lee Jhe Huei–Yang Po Hsuan, bagi perebutan tiket ke suku akhir, hari ini.

Sementara itu, beregu wanita negara, Pearly Tan–M Thinaah, turut melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan wakil tuan rumah, Kaviprita Selvam–Simran Singhi, 21-18, 21-6.

Must Watch Video