Pemain Denmark, Anders Antonsen, mempunyai sebab untuk tidak menyertai Terbuka India dan sanggup menanggung denda sebanyak USD5,000 (RM20,270) atas penarikan dirinya.
Keputusan pemain perseorangan itu mengikut jejak langkah rakan senegaranya dalam acara wanita, Mia Blichfeldt, yang merungut mengenai tahap kebersihan di Kompleks Sukan Indira Gandhi itu selain kualiti pencemaran udara di bandaraya tersebut yang mencapai PM2.5.

Advertisement
"Ramai yang ingin tahu mengapa saya menarik diri daripada Terbuka India untuk tahun ketiga berturut-turut.
"Disebabkan pencemaran yang melampau di Delhi pada masa ini, saya rasa ia bukan tempat untuk menganjurkan kejohanan badminton.
"Harap keadaan menjadi lebih baik pada musim panas kelak bagi Kejohanan Dunia di Delhi," katanya mengenai pertandingan getir pada Ogos kelak.