Beregu lelaki nombor satu Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, terkandas dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Kompleks Sukan Indira Gandhi, sebentar tadi.
Gandingan ranking kedua dunia itu terpaksa berputih mata apabila wakil Jepun, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita, melakar kebangkitan selepas menempuh rubber set 10-21, 21-13, 11-21 untuk mara ke final kejohanan bertaraf super 750 itu esok.
Advertisement
Set pertama menyaksikan pihak lawan mudah mendominasi permainan untuk meraih kemenangan pertama 21-10.
Memasuki set kedua, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu bertindak lebih agresif apabila kerap melakukan pukulan kencang untuk mengheret Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita ke set penentuan.
Di sebalik mata penting yang diraih, aksi tergendala seketika apabila lampu di tempat penyokong dihidupkan, sekali gus mengganggu fokus Aaron-Wooi Yik.
Pilihan kedua kejohanan itu tidak bernasib baik apabila Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita tampil lebih garang dengan menghukum beberapa kesilapan Aaron dan Wooi Yik untuk mencipta kemenangan pertama ke atas wakil negara itu dalam rekod pertemuan masing-maing.
Dengan ini, tiada wakil negara dalam final Terbuka India musim ini.