Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani masih belum menemui formula kemenangan apabila kembali dihantui gandingan Denmark, sebentar tadi.
Beregu lelaki profesional negara itu disekat Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dalam pusingan 16 Terbuka China dengan keputusan 19-21, 21-12, 19-21.
Pilihan kelima kejohanan itu barangkali masih dibayangi kelesuan selepas dituntut bekerja keras untuk mengatasi Chen Zhi-Ray and Lin Yu-Chieh dari Taiwan, tengah malam tadi.
Kekalahan ini juga menyaksikan Lundgaard-Vestergaard melebarkan rekod kemenangan mereka kepada 4-3 selepas pertemuan terakhir berakhir dalam Terbuka Malaysia menyaksikan mereka merakam kemaraan straight set,