Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, memerlukan 11 bulan untuk menamatkan kemarau kejuaraan, sekali gus merangkul gelaran pertama dalam siri jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF), musim ini.
Dengan pencapaian mara ke final sebanyak dua kali selepas Masters China, akhirnya Tang Jie-Ee Wei berjaya mencipta kejayaan dalam Kejohanan Badminton Terbuka Australia 2025, sebentar tadi.
Advertisement
Berbekalkan keunggulan dengan memenangi empat pertemuan terdahulu, tiada yang mampu menghalang pilihan pertama kejohanan itu untuk melebarkan kemenangan mengatasi wakil Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Nathaniel Pasaribu, dengan straight set 21-16, 21-10 dalam tempoh 40 minit.
#AustraliaOpen2025
XD | FINALS#MAS🇲🇾 Chen Tang Jie-Toh Ee Wei 1️⃣ def. #INA🇮🇩 Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu 2️⃣ 21-16 21-11
⏱️ 42m
*Chen–Toh extend their H2H to 5-0 against the Indonesian pair and clinch their first World Tour GOLD title of the year! 🏆
The reigning… pic.twitter.com/R1WG5yzdY2— BAM (@BA_Malaysia) November 23, 2025
Gandingan ranking keempat dunia itu akan membawa pulang RM468,790.
Dalam laporan Stadium Astro pada 10 Oktober, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei melunaskan janji bersama jurulatih kebangsaan, Nova Widianto, untuk memenangi sekurang-kurangnya satu gelaran dalam siri jelajah di Eropah.
Tidak dilupakan, kebanggaan Malaysia itu merupakan juara Kejuaraan Dunia BWF, Ogos lalu dan melayakkan diri ke Jelajah Akhir bulan depan.

Raket Badminton Baru, Smash Lebih Padu
Ringan, seimbang & tahan lasak — raket Yonex ni sesuai untuk training mahupun perlawanan.