Skip to main content

Badminton

Terbuka Australia: Pingat kejuaraan Chen Tang Jie tertukar?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

AustraliaOpen

Betulkah pingat Chen Tang Jie tertukar?

Kiriman laman Instagram story beregu campuran nombor satu negara itu seperti memberi bayangan seperti dia tertukar pingat bersama juara perseorangan lelaki Terbuka Australia, Lakshya Sen.

Advertisement

"Adakah pingat kejuaraan beregu campuran saya ada bersama anda?" katanya berseloroh sambil memetik nama wakil India itu.

Dia yang bergandingan dengan Toh Ee Wei itu akhirnya menamatkan kemarau penuh sensasi selepas merangkul gelaran pertama dalam siri jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF), musim ini.

Dengan pencapaian mara ke final sebanyak dua kali selepas Masters China, akhirnya Tang Jie-Ee Wei berjaya mencipta kejayaan dalam Kejohanan Badminton Terbuka Australia 2025, semalam.

Gandingan ranking keempat dunia itu akan membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak RM468,790.

Tidak dilupakan, kebanggaan Malaysia itu merupakan juara Kejuaraan Dunia BWF, Ogos lalu dan melayakkan diri ke Jelajah Akhir bulan depan. 
 

Badminton

Raket Badminton Baru, Smash Lebih Padu

Ringan, seimbang & tahan lasak — raket Yonex ni sesuai untuk training mahupun perlawanan.


Grab Sekarang

Must Watch Video